2/11/2016

Kata Pengantar

Kata Pengantar


Alhamdulillah, puji syukur kami panjatkan kepada Allah SWT, kerana atas rahmat dan hidayahNya kami dapat menyusun dan menyelesaikan Web Masjid As’ Sobirin ini. Kewujudan Masjid As’ Sobirin Kampung Takis ini memiliki peranan penting dalam Syiar Islam, khususnya dalam meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dan peningkatan ukhwah warga Kampung Takis Papar dan penduduk di sekelilingnya. Sokongan dari warga muslim, kerajaan dan pihak pihak lainnya masih sangat diperlukan dalam melanjutkan pembangunan dan pengelolaan Masjid As’ Sobirin Kampung Takis ini pada masa akan datang. Adanya sokongan moral dan peruntukan material dari berbagai pihak, diharapkan dapat memudahkan proses pembangunan Masjid As’ Sobirin dan memudahkan warga Masjid selaku pengelola mencapai visi dan misi dakwahnya. Ucapan terima kasih kami sampaikan kepada semua pihak yang telah membantu dalam penyediaan web masjid ini. Semoga Allah SWT akan sentiasa melimpahkan rahmat kepada kita semua untuk terus beribadah dan berkarya.


Hj. Ajamain bin Hj. Abd.Mujib
Imam Qariah
Masjid As’ Sobirin
11 Februari 2016


0 ulasan:

Catat Ulasan

Template by:
Free Blog Templates